Wednesday, December 19, 2018

Kisah Seram #5

Assalamualaikum dan hai korang

Hari ni aku nak share dengan korang satu video yang pernah viral dulu.

Kalau first time tengok video ni memang rasa meremang sikit.
In my oppinion la aku rasa video ni real and bukan angin yang tolak menatang tu.Sebab macam x logik kalau angin,surau tu kosong,sapa je nak buka kipas,pintu pun tetutup dan cara dia bergerakpun tak macam angin tolak.Apa pendapat korang

Thank for watching

Thank You



Assalamualaikum dan hai korang

Aku just nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog aku. It just a random things that i shared. Blog ini merupakan satu tugasan untuk subjek Aplikasi Komputer yang aku amik di UKM. Tugasan ini meminta aku untuk post 28 entries. Jadi, apabila sudah mencapai post ke-28,blog ini akan menjadi sepi. Aku bukan tak nak tulis blog, malah aku pernah teringin nak jadi seorang blogger yang berjaya tapi apakan daya.Aku rasa malas dan sangat sibuk untuk menulisnya.Aku juga menganggap ia sebagai membazir masa.Walaubagaimanapun,aku selalu membaca blog orang lain,kadang untuk mendapatkan informasi,kadang untuk merehatkan minda.
Apa2 pun,terima kasih lagi sekali,jika rajin aku post lagi haa gitu.

Image result for Thank you

Thanks for reading

Rindu

Assalamualaikum dan hai korang

Harini aku just nak luah perasaan ja. Sebagai seorang perantau ni,rasa rindu pada rumah dan keluarga pasti muncul gak walaupun ego menafikan perasaan itu.Dulu aku pikir yang aku takkan rasa rindu sebab aku pernah berpisah ketika belajar di Matriks.Tapi matrikstak sama sebab dekat je dengan umah.Walaupun matriks di Perlis, naik KTM 30 min dah sampai Rumah em.Bila dah masuk u ni,jarang skali nak bersua muka,mengharapkan cuti panjang seperti Raya,midesem dan cuti sem saja untuk pulang ke Kedah sana.

Bila dah masuk u ni korang akan rasa lebih menghargai dekat ibu bapa korang,hari2 kau tengok duit kau keluar,begitu lah duit mereka untuk kita. Aku jarang call parents sebab aku tau diorang busy,aku pun kadang tak sempat gak bila assignment menimbun ni.Tpi bila lepas call mak memang rasa tenang sangat2, rasa happy dan rindu yang x dapat dibendung lagi.

Untuk study week sem ni,aku ada 2 minggu free.Aku tak balik sebab aku fikir kalau di rumah aku tak boleh study.Menyesal aku tak balik,habis tu SPM aku study kat mana kalau bukan rumah.Study week next sem aku nak balik,duit makan pun jimat,tayah berhadapan dngan pelajar u yang banyak karenah ni dan disamping famili dan kucing2 aku , aku just nak belajar dengan aman je.

Tu je aku nak luah, banyak lagi ni tapi banyak juga kerja yang tidak disiapkan lagi

Thanks for reading

Release Tension #2

Assalamualaikum dan hai korang
Another video untuk korang release tension korang tu


Thanks for watching

Street Magic

Assalamualaikum dan Hai Korang

Hari ni aku nak share video aku buat magic dekat bestfriend aku.Video ini juga merupakan salah satu penilaian untuk kelas magic aku.Enjoy.

Magic Aku

Sila klik link di atas,ia akan bawa anda ke video aku di google drive

Thanks for watching

Canva.com

Assalamualaikum n Salam Sejahtera <3

Selain daripada Photoshop, korang juga boleh mengedit gambar di Canva.com.Ia merupakan sebuah laman web yang membolehkan anda mengedit gambar secara online. Tidak semua bahan yang ada adalah percuma tetapi cukup sekadar hendak mengedit secara ringkas .Walaubagaimanapun aku lebih gemar untuk menggunakan Picsart atau Photoshop kerana aku rasa Canva ni sangat limited.Kalau korang try korang akan paham. Ni apa yang aku buat dalam Canva.Kalau nka diajarin boleh komen di bawah.


Thanks fore reading

Seni SIlap Mata Asas 1


18/12/18
Merupakan hari terakhir kelas citraku.Agak sedih untuk melepaskan kelas yang cool dan gempak ini. Untuk kelas yang terakhir ini,kami akan diuji dan dinilai dengan melihat kami melakukan street magic. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman untuk seni silap mata asas 3.

I just want to say thanks to the lecturers for always supporting us. You guys treat us with the most patients someone can have. I also amazed that i have a really creative classmate. Its like this class only to awakened their magic talent that they dont know they have it.

Thank you guys

Thanks for Reading~

Tuesday, December 18, 2018

Arab Asas 1 - Fi'il Mudhori'

Assalamualaikum and hai korang

Lastly,aku nak ajar korang dengan fi'il mudhori'.


Fi'il ni untuk kata kerja yang sedang berlaku.
Contohnya:

قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَنْ تَذْهَبُوا بِهِ

Berkata Ya’qub: “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amatmenyedihkanku…

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

…Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati…

Thanks for Reading



Arab Asas 1 - Fi'il Madhi

Assalamualaikum dan Hai Korang

Untuk pembelajaran harini pula aceeewahhhhh
maaf saya masih tak layak untuk mengajar atau digelar ustazah.Harini aku nak share tentang fi'il Madhi.

Fi'il madhi ni macam Past Tense la.
Contohnya

قَرَأ

Telah membaca”.

قَرَأْتُ

QORO’TU = “Aku telah membaca”

قَرَاَتْ

QORO’AT = “Dia (seorang perempuan) telah membaca”.

Thanks for reading

Release Tension

Assalamualaikum dan Hai Korang

Serius rasa stress sangat bila banyak kerja ni.So,aku nak share video lain pulak harini.




Thanks For Watching

Arab Asas 1 - Dhommir Muttasil

Assalamualaikum dan hai korang

Harini aku nak share tentang dhommir muttasil pulak


Dhommir Muttasil beza yang dhommir yang sebelum ini adalah ia bersambung dengan perkataan atau fi'il dan kebiasaannya di belakang perkataan.

Arab Asas 1 - Dhommir Munfasil

ssalamualaikum dan Hai Korang

HArini aku nak share dengan korang apa yang aku belajar di kelas Arab Asas 1


Dhommir ni merupakan kata ganti nama dan dhommir munfasil ni bermaksud kata ganti nama yang terpisah. Maksud terpisah iailah dia x besambung dengan perkataan lain dan kebiasaannya dia berada di depan perkataan

Kucing kelakar





Assalamualaikum dan hai korang

Untuk minggu final yang busy dan memenatkan ini, saya nak share dengan korang video kelakar yang dapat mengubati sedikit lelah anda.Enjoy

Thanks for watching

Tuesday, December 11, 2018

Karangan Cabaran Antaranya Keluarga Komuter dan Keluarga Sandwich


Pembangunan dan cabaran moden masa kini mewujudkan pembangunan dan cabaran moden masa kini mewujudkan kepelbagaian bentuk keluarga baru antaranya keluarga komuter dan keluarga sandwich.Cabaran keluarga berubah dari semasa ke semasa.                                         
Bincangkan peranan setiap ahli keluarga dalam menangani cabaran keluarga masa kini.


Setiap hari dunia digemparkan dengan pencapaian yang hebat oleh manusia di seluruh pelusuk negara. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menempa nama. Taraf negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara luar yang maju. Namun begitu,  pembangunan negara yang berkembang pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah memberi kesan yang drastik kepada sektor sosial di negara ini. Hal ini telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian bentuk keluarga baru. Frasa keluarga komuter dan keluarga sandwich yang masih baru di telinga rakyat Malaysia muncul baru-baru ini. Menurut Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009) , keluarga komuter ialah pasangan yang bekerja di tempat yang berlainan dan menyebabkan pasangan ini tinggal di tempat yang berbeza. Sebagai contoh, seorang suami bekerja di Kuala Lumpur manakala isterinya pula bekerja di Sabah dan anak-anak mereka berasrama di Kedah. Keluarga sandwich pula ialah pasangan yang harus menyara ibu bapa, diri sendiri dan anak-anak mereka, iaitu tiga generasi dalam sebuah rumah (Zahir Zainudin,2014). Setiap bentuk keluarga yang ada di negara ini pasti terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, seluruh ahli keluarga hendaklah memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan masalah yang ditimpa.

Pada hemat saya, ibu bapa haruslah mengamalkan serta menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak. Baik keluarga komuter mahupun keluarga sandwich, kewangan menjadi isu yang penting bagi mempertahankan perhubungan kekeluargaan ini. Bagi keluarga komuter, wang banyak dihabiskan dalam kos pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan jarak perjalanan pulang ke rumah yang agak jauh dan perbualan melalui telefon yang mengambil masa berjam-jam demi melepaskan rasa rindu yang terbuku di hati. Oleh itu, perancangan dari segi kewangan perlu disediakan bagi mengelak berlakunya pembaziran. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memilih hari yang sesuai untuk pulang ke pangkuan keluarga. Selain itu, waktu perbualan juga haruslah dipendekkan atau menggunakan aplikasi percuma di telefon pintar untuk berbual seperti Whatsapp dan Wechat.  Bagi keluarga sandwich pula, wang dihabiskan dalam perbelanjaan harian rumah tangga. Hal ini kerana ibu atau bapa atau kedua-duanya yang bekerja harus menampung ibu bapa mereka serta anak-anaknya. Hal ini dapat diselesaikan dengan berjimat-cermat ketika membeli barang keperluan. Di samping itu, anak-anak digalakkan untuk membawa bekal ke sekolah agar wang saku kurang dihabiskan di sekolah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diterima juga mestilah digunakan untuk perkara yang penting sahaja. Jelaslah, seluruh ahli keluarga haruslah berjimat-cermat agar kos perbelanjaan dapat dikurangkan.



Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi cabaran keluarga masa kini. Bagi mereka yang mengalami keluarga komuter, anak-anak haruslah memberi sokongan moral kepada ibu bapa mereka. Hal ini kerana ibu atau bapa berasa kesunyian tanpa pasangannya disisi. Janganlah anak-anak membuat permintaan yang berat kepada ibu atau bapa yang berjauhan ketika ingin pulang ke rumah. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa beban untuk pulang. Sebaliknya, anak-anak hendaklah menyambut mereka dengan rasa gembira serta memeluknya. Hal ini dapat menenangkan hati serta melupakan rasa penat mereka. Anak-anak dalam keluarga sandwich juga hendaklah memahami perasaan ibu bapa mereka yang terpaksa menampung tiga generasi dalam satu rumah. Mereka bolehlah membantu meringankan penat ibu bapa mereka dengan membuat kerja di rumah seperti mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu bapa tidak berasa tertekan apabila pulang rumah. Malah, mereka berasa senang melihat rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Oleh itu, anak-anak juga memainkan peranan yang penting bagi mengukuhkan keluarga untuk menghadapi cabaran.

Di samping itu, peranan ahli keluarga yang lebih tua seperti nenek dan datuk juga penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Mereka yang banyak makan garam sudah pasti mempunyai ilmu yang bermanfaat. Oleh itu, mereka bolehlah mendidik cucu-cucu mereka untuk menjadi insan yang berguna sementara ibu bapa mereka sibuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk menghantar anak-anak mereka yang masih kecil ke pusat jagaan kanak-kanak. Nenek dan datuk dengan senang hati untuk menjaga mereka. Malah, kasih sayang yang diberikan tidak sama di pusat jagaan. Keselamatan mereka juga terjamin kerana anak-anak berada di bawah pangkuan orang yang lebih dipercayai. Selain itu, pengalaman mereka juga dapat dimanfaatkan sekiranya berlaku perbalahan antara ahli keluarga. Mereka lebih arif untuk diminta pendapat serta nasihat. Ibu bapa mentua tidak boleh memusuhi menantu mereka sendiri. Mereka sebagai warga yang lebih tua haruslah bersifat matang dalam hal ini. Janganlah menyakiti hati menantu dengan perkataan yang mengguriskan hati. Sebaliknya, berilah mereka sokongan moral sacara istiqomah. Jelaslah, peranan mereka penting dalam menyelesaikan cabaran yang dihadapi keluarga zaman ini.

Akhir sekali, ibu bapa hendaklah menekankan didikan agama dalam diri anak-anak. Walaupun tinggal berjauhan, hal ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan sekiranya anak kurang didikan agama dan moral. Jangan kita menyesal jika anak-anak terjebak dalam gejala sosial yang negatif kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Di zaman yang serba moden ini, banyak kelas-kelas agama yang didirikan di negara ini seperti KAFA. Selain itu, buku-buku agama juga mudah didapati di kedai-kedai buku yang berhampiran. Pembelajaran atas talian juga boleh dilaksanakan dengan senang. Aplikasi seperti ‘Skype’ merealisasikan pembelajaran atas talian dengan mudah. Ibu bapa dan anak-anak hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan membuat akaun untuk log masuk. Kemudian, sesi pembelajaran bolehlah dimulakan. Sudah terbukti ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan hal agama kepada anak-anak kerana bak kata pepatah meluntur buluh biar dari rebungnya.

Sudah terang lagi bersuluh, setiap ahli keluarga hendaklah memainkan peranan masing-masing agar cabaran kekeluaragaan msa kini dapat diatasi dengan petik jari. Tanpa kerjarsama daripada setiap anggota keluarga, keberangkalian untuk keluarga itu runtuh amatlah tinggi. Oleh itu, setiap ahli keluarga haruslah berganding bahu bak kata mutiara bagai aur dengan tebing demi menyelamatkan masjid yang dibina bersama. Penggemblengan tenaga dan usaha yang proaktif mestilah dilakukan secara konsisten umpama serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Sewajarnya, untuk mengatasi cabaran keluarga era baru, setiap ahli haruslah bertanggungjawab tidak kira dari keluarga komuter mahupun keluarga sandwich.  























Rujukan

Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009). DINAMIK KELUARGA. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/20457134/dinamik-keluarga#scribd

Zahir Zainudin (2014,Januari). Dasar Keluarga Negara: Agenda Kestabilan Sosial dan Kesejahteraan Negara. Dimuat turun daripada http://zahirzainudin.blogspot.my/2014/01/dasar-keluarga-negara-agenda-kestabilan.html




Writing Prompt #1


You sold your soul to the Devil some years ago. Today he gives it back and says, “I need a favour”. (PINTEREST)


I look at him patiently as he sips the tea that I made. His face doesn’t change slightest bit since the last time I saw him. The only thing new about him is the black suit that he is wearing instead of his usual black robe. Never did I imagine for the Devil to have a great sense in fashion.
            “Well, we all know that you didn’t came all the way here just for a cup of tea, why on earth you want to see me?” I asked him as my patient starts to wear off. He finished the tea and look at me with a solemn face.
“Remember the deals that we make back when you were still in high school? The one that you wished for being a famous proffesional violinist?” he specified it clearly to me.
“Uhh yeah.. Of course I remember the stupid deal that cost my freaking soul to a devil himself.” I purposely exagarate the way I answer him but he didn’t seem to notice it.
“Well i’m going to give it back.”
“Wait…What?! Are you freaking serious? You better not be joking cause his ain’t funny.”
“I’m not joking. I will give it back but I need a favour.”
What kind of devil has a favour from a weakling mortal like me? “I knew it. Of course it’s not free. What kind of favour that you willing to go through dimension and give my soul back?” I said after the shockness has left from my body.
He sigh and shift his body slightly. Then he clear his throat and took a deep breath. “ I need you to be my date this Friday.”
Say what now?
                                                                      \


A Life To Live On


A Life To Live On
By A.N.Yahaya

Parent waiting
For children to succeed
A life to live on

Future leader
Among the children
A life to live on

All the knowledge were taught
Were to help future career choices
Not to be waste, not to be keep
But for life to live on

Nowadays being a child
Is as challenging as being an adult
But the result is for the better future
It is a life to live on

Birds flying through the sky
The rains bringing the rainbow
Sun shine glows bright
As bright as the children’s hopes
A life to live on

(2015/2016)



A Perfect Day To Die

A Perfect Day To Die
By A.N.Yahaya


Corrupt government
Shitty education system
A perfect day to die

Parent slave to children
Human slave to money
 A perfect day to die

Grades more important
than real education
A perfect day to die

Nowadays being a child
Is as challenging as being an adult
Time are waste to
No use knowledge
A perfect day to die

The children were told
To study for future career
But the career need
The skill that never been taught

Birds chirp in a cage
Dark clouds bringing the rain
Sunshine glows dim
Dim as the children hope’s
What a perfect day
A brilliant day
To die.


(2015/2016)

Friday, December 7, 2018

Pembahagian Masa di Universiti

Assalamualaikum dan haiii Korang <3

Hari ni kongsi sikit pasal pembahagian masa di universiti.Bagi yang sudah bergelar mahasiswa atau bakal,korang akan rasa samaada terlalu pack sngat sampai x da masa nak rehat , nk enjoy atau korang akan rasa banyak sangat masa lapang sampai dah jemu nk tido.Korang kena bijak membahgi masa korang.Ini adalah tips.

1.Utama kan yang wajib
 Bagi muslimin dan muslimat, dalam sibuk belajar jangan la kita lupa perkara yang wajib.Kadang ada orang kusyuk study sampai nak abis waktu baru la nk ambil wudhu.Kadang stay up sampai lewat malam,subuh masa matahari dah terpacak.Aku penah terbaca ayat ni.Study mengikut masa solat bukan solat mengikut masa study.

2. Miliki planner
Tak semestinya beli buku mahal2 buat planner,cukup sekadar kalendar di fon.Catat la apa yang korang perlu buat,kalau boleh catat seharian tu perlu buat apa,At least perkara yang korang rasa penting. Kalau korang catat,korang akan nampak hari apa korang free and hari yang korang busy,korang juga takkan lupa perkara yan penting jika mencatat.Jika ada hari yang kosong,masa ni la korang boleh isi dengan membasuh baju,membuat perbincangan/assignment dan lain-lain perkara.

3. Jangan bertangguh
Ni masalah yang ramai orang hadapi termasuklah dengan aku sekali.Masa dapat assignment,cakap nantilah buat.Bila dah nak dekat dateline barulah kalut nak buat.Masa tu bayak lagi assignment lain nak kena siapkan,nak kena study utk kuiz & final lagi pastu bayak program pulak yang kena join.Nasihat saya la kan utk semua  termasuk dengan kepada diri,bila dapat assignment tu terus la buat,biar la orang kata perform ke apa ke,janji tak la rasa serabut sangat di hujung sem.Macam blog ni la.Blog ni pun assignment.Perlu ada 28 post kauuu.Bila tangguh,amekkau 5 post sehari haaa


Thanks for reading ~

Thursday, December 6, 2018

Tips MMM UKM

Okay korang.Ni adalah tips aku utk Minggu Mesra Mahasiswa.Untuk korang yang tanya menatang apa ni,MMM merupakan minggu orientasi di UKM.Semua pelajar tahun 1 degree akan menghadapinya.Sebagai salah seorang dari pesertanya,meh saya nak share sikit tips.

1.Pastikan korang dalam keadaan yng sihat.Kalau boleh masa hari pendaftaran tu tolong la jangan sakit.Jaga betul2 kesihatan,Like masa ari pendaftaran a dlu,aq nk demam,kes jangkit ngn adik aku pastu tdoq lam ekon lak.Memang spanjang mggu MMM tu mmg dalam keadaan x sihat la.X best gilerrrr klau x sihat.

2.Sentiasa ada air dengan korang,Kalau takdir dapat mggu ni masa bulan Ramadhan,tolong la sahur ngn buka puasa minum air bnyak2.Korang akan sentiasa on the move,tak leh nak rehat kejap and penuh dengan aktiviti.

3.Sentiasa ada ubat dengan korang seperti minyak panas,minyak angin dan panadol.Klalau rasa nak demam tuterus mkn ubat dan mandi.

4.Kalau ada program like sukan atau persembahan,terus isi nama dan join.Korang bukan sahaja dapat menambah kenalan malah connection dalm bidang ini.Percayala cakap aku,bukan la rugi kalau x join tapi adala faedahnya.

5.Beramah mesra dengan mep.

6.Kalau nak naik bas tu,korang tanya je driver bas tu turun tak dekat tempat yang korang nak gi.Takyah pening2 dengan zon bas.Nanti korang dah akan biasa dengan sistem bas sni.Even nak abis sem ni pon kami duk tanya bas ni turun x di tempat sekian sekian

Wednesday, December 5, 2018

Biro Kolej

Assalamualaikum n salam sejahtera <3

So harini aku nak citer tentang biro kolej. Setiap kolej mempunyai biro-bironya tersendiri yang mengendalikan program-program di kolejnya.Ahli biro terdiri daripada pelajar tahun satu dan diketuai oleh seorang atau dua ahli MEP serta mempunyai penasihat dari Felo.

Aku merupakan ahli Biro Kerohanian dan Sivik tapi aku tak ;pilih pon nak jadi biro ni.Masa MMM aku isi borang nak masuk biro IT,Protokol dan Kebajikan.Last2 tiga2 tak dapat.Takdir maybe nak masuk biro rohani.

Walaubagaimanapun, aku sayangggggg giler dekat biro aku ni.Bonding dia tak macam biro lai.Serius smuaa mesra dan boleh kamceng.Awal2 memang la malu2. tapi skrang boleh gurau sesama haa.Tapi ada sedih gak.Ketua kami Aiman meninggal seblum cuti sem.Semua ahli memang rasa sedih.Rasa macam hilang ahli keluarga yang kita sayang.Felo saya paling tunjuk betapa affectednya dia terhadap pemergian arwah.Apabila membaca tentang pemergiannya di wasap masa nak bangun solat subuh.Air mata mencurah curah.Sumpah rasa sedih sangat,Aku cuba bayangkan, apa perasaan keluargannya, aku tak tahu sama ada Aiman sempat menjenguk keluarganya sebelum cuti midsem. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Nak nangis lak

Sambung kembali kepada biro,Biro juga mempunyai citranya tersendiri,jadi korang akan dapat credit hours dan merit at the same times.Selain menguruskan program kolej,korang juga perlu menjaga aktiviti dan ehwal ahli kolej mengikut biro korang.Macam biro aku,memang keja dia jaga surau,buat bacaan yasin,camtu2 la.Kalau pertandingan antara kolej yang berbentuk Islamik,kami juga perlu handle dan mencari peserta dalam kolej.Kalau ada yang nak sedekah kepada surau juga perlu lah melalui kami haa.Tu jela aku nak citer.

Thanks for reading~

Monday, December 3, 2018

Kisah Seram #4

Assalamualaikum n hai korang <3


Hari tetiba ada mood nk citer seram lagi.Kali ni berlaku dekat kawan aku yang tinggal deakt dalam universiti juga tapi dalam kolej yang terpencil. Kolej ni berdekatan dengan fakulti pendidikan so pandai2 la korang teka.

Kisah dia macam ni, kawan aku ni perempuan.Masa minggu orientasi atau MMM dia tinggal sorang je and memang takde masalah apa2 pun.Masalah muncul apabila dia mendapat rumet baru. Tenang, rumet dia manusia ok.Tapi rumet dia ni ada membawa stu anak patung teddy bear gergasi like bersaiz manusia.

Selepas dia mendapat rumet baru,banyak gangguan berlaku di biliknya.Contohnya, kedengaran orang berlari di luar dan bunyi-bunyian di dalam bilik ketika kawan aku seorang diri di dalam bilik.

Yang paling teruk kawan aku pernah kena,kawan aku pernah ditindih 2/3 kali kemudian dia pernah melihat makhluk yang menyeramkan dihujung katil apabila dia terjaga dari tidurnya.

Serius kalau aku jadi dia memang tak tahan la..Dah la aku ni penakut..Bunyi leh gagah lagi ni main muncul2 lak haishhh

Sekian untuk story seram harini

Thanks for reading~

Sunday, December 2, 2018

Kisah Seram #3

Assalamualaikum and hye <3


Untuk kisah seram kali ini, saya nak ceritakan sebuah kisah yang terjadi keatas diri saya. Kejadian ini berlaku di universiti pada minggu sebelum cuti midsem, tak ingat harinya secara spesifiknya.

Pada malam kejadian itu, saya dan teman lelaki saya melepak di sebuah buststop berdekatan dengan ptsl.Jam menghampiri pkul 1. Sedang kami asyik berbual, tiba - tiba ada sebuah bas berlogo UKM melintas di hadapan kami. Pada ketika itu, rasa seram menyelubungi diri apabila mengengati kisah2 seram tentang bas di UKM.

Lampu di dalam bas itu menyala sepanjang ia melintas.Terdapat perasaan yang pelik apabila melihat bas itu.Apabila bas itu telah berlalu pergi, saya tanya kepada teman lelaki saya,"Tak ada driver kan?".Dia menggelengkan kepala menandakan tiada pemandu yang membawa bas tersebut!

Kami lekas-lekas pulang ke kolej. Bersyukur kerana bas itu tidak berhenti di hadapan kami.Berbeza dngan kisah senior saya,bas ini menggunakan haluan yg betul dan bukanya wrong way.

Sekian saja kisah saya pada kali ini.Maaf jika ia terlalu pendek.

Thanks for reading~

Sunday, October 21, 2018

UKM FC Vs Terengganu

Assalamualaikum n Salam Sejahtera <3

Haaa hari ni aq nak cerita pengalaman aku first time tngok bola dekat stadium and first time pergi Terengganu.Serius bila fikir balik rasa lawak pula dengan cerita ni

Cerita bermula apabila biro bae saya and kawan saya tanya dlam group sape nak gi Terengganu utk menyokong team UKM FC menentang Terengganu. Obviously, diorng laju2 isi. Manakala biro saya pula, kriki krik sahaja.Serius jelous dengan diorng dapat gi ganu.

Pagi before bertolak tu, aku pun bangun awal. Saje nak antar diorng smpai depan kolej.Nak lambai2 bfore diorng tinggalkn aku :') Bae aku check la dlm group trip tu and bru perasan dlm list ada kosong seorng.Apalagi,cepat2 la isi nama aku.Aku lak trus lari pergi blik amik barang and join diorng.Bayangkan,pagi tu bru nak isi, mmg tak ready pape la.Lepas amik barang tu, terus berkumpul and naik bas.Tahu x part lawaknya?Pagi tu aku tak sempat pun nak mandi lagi huhuhuu Nasib baik spesis badan tak berbau.Trip ni kami bertolak pagi and pulang malam selepas habis bola.Memang seharian tu tak sempat mandi lansung huhuuu

Tapi serius best, before pergi stadium, kmi singgah sebentar di Pantai Batu Buruk.Cantik giler.Tapi sedih sebab tak boleh lama2 dekat situ.Tak puas amik gambar.In Sya Allah jika ada rezeki aku akan datang lagi.

Dekat stadium,Penonton dia tak la memenuhi 1 stadium tu agak la rmai.Banyak cheers yang kami nyanyikan pada malam tu tpi yang paling aku suka is "sehati sejiwa" memang menyalak mcam anjing ouw ouw ouww hahaha

Agak sedih la sebab team UKM tak menang but they did their best.bak kata kawan saya "its okay its alright" kalah 2:0 haa..Eventho sedih but in general aku rasa happy sangat dengan experience mcm ni.

Dalam bas semasa perjalanan pulang, sunyi je bas.Semua org tido sebab penat menyorak.Sampai sahaja di depan kolej (kami sampai UKM masa subuh).Aku terus mandi.Badan memang dah melekit sangatdah. Orang kedah panggil belenghaih.Lepas mandi tu terus buat assignment hahaha.Yelaa esok dah nak kena hantar.Kalut er nak buat.Siap jer assignment terus gi kelas haa.Perform sangat hahaha begitulah experince saya.

Thanks for reading <3

Friday, October 12, 2018

Subjek Citra UKM

Assalamualaikum Korang <3




Haa.Apa khabar semua?Hari ni sis tetibe ada mood nak citer tentang Subjek Citra di UKM ni. Apa tu? Well, dekat UKM x de kokurikulum tau but ada Subjek ni.Subjek citra ni semua org wajib ambik x kira la dari fakulti mna.Bilangan jam kreditnya mengikut program yang anda mengikuti.

Dia ada citra dalam & luar fakulti. Sis nk citer yg luar ehek.. Honestly,peluang korang jarang nak dapat dekat u lain.Bayangkan kau akauntan but at the same time belajar sains.Budak non muslim pun boleh belajar dalam fakulti pendidikan islam.Just like its name,Citra luar fakulti ni adalah kelas dimana korang belajar diluar fakulti korang.Contohnya fakulti sains teknologi belajar di fakulti ekonomi dan pengurusan.Bestkan! Takla tertumpu kepada satu bidang saja. Objektifnya adalah untuk melahirkan mahasiswa yang holistik. Dengan kelas ni la korang nak tambah softskill haa.

Nak tau kelas yang sis join? Tahun 1 sem 1 ni sis join kelas bahasa arab and seni silap mata.Haaaa rare tak kelas second tu hahah..Stiap kali kelas mesti ada magic baru belajar. Lepas belajar tu tunjuk la kat kawan.Paling best tengok reaction diorang..Ada banyak kelas citra ni.Korang boleh pilih mengikut minat atau nak try benda baru ke.Kalau korang nak tngok ada citra apa,boleh la tkan link di bawah.Jangan risau,ini bukan scam haha.Kalau nak lebih paham apa itu C1-C6 boleh la baca buku panduan atau isi upu nanti letak la UKM hehe

Risalah Citra UKM

Thanks for reading <3

Monday, October 8, 2018

Photoshop Tutorial #1

Assalamualaikum korang <3

Haa..Harini aku nk ajaq hangpa semua cara nak tulis nama ala-ala fancy gold gitu.

like this laa

ok fyi,saya bukan la pro sangat photoshop ni.Still tngah blaja benda2 ni.So, im going to share ilmu yg aku bru blaja ni kat korang haa.

First, korang download la font yang korang suka. Font yang aku guna ni nama dia Melinda.Tak ingat lak download kat mana.

Then, korang download gambar gold foil.Pilih la yang mana berkenan di hati.

Lepastu, dah boleh bukak photoshop korang. Saya gna photoshop CS6 




lpas dah ada blank canvas tu,korang ltak la pape background.SAya just cat itam je blakang tu..Kalau warna gelap bru nmpk tulisan tu dengan elok.




dah ada backgroud, korang type la pape, nama ke, nama sekolah ke.sukati laa




okay dah sampai part yang menarik, Tekan file pastu open, amek gambar gold foil yang korang save tadi.Dia akan jadi 2 tab..Korang drag gbr emas tu gi tab first




Laaaasttt skali, korang right click layer yang gold foil tu and tekan clipping mask



Dan tadaaaa..Your Fancy shmancy name in gold daaa siap



Haa mudah je kann..Ni versi yang mudah la..Klau nk lgi lawa,boleh la cri background yang ada corak2 ke.Selain gold foil, korang cuba la explore dengan  corak lain pula

Thanks for reading <3

Wednesday, October 3, 2018

Kisah Seram #2

Assalamualaikum guys <3

Post yang lepas saya ceritakan tentang kisah seram di UKM, untuk entry kali ini saya nak bercerita tentang kisah seram di sekolah saya pula 😈


So, ni adalah sedikit background tentang sekolah saya. Ia merupakan sekolah harian tapi ada masih asrama.Ia juga merupakan sekolah semua perempuan, kalau ada lelaki pun merupakan cikgu atau pekerja disitu.

Kisahnya semasa saya berumur tingkatan 3, ketika itu sedang cuti penggal pertama jika tak silap saya. Saya merupakan ahli kelab Orkestra dan setiap tahun kelab saya akan mengadakan kem setiap tahun di sekolah untuk mengadakan latihan untuk persembahan semasa Hari Anugerah Cemerlang. Kem itu berlangsung selama 4 hari 3 malam.Pada tahun ini ,kami bermalam di surau sekolah yang baru sahaja siap direnovasi.

Pada hari pertama, kami semua berkumpul di hadapan bilik orkestra.Selepas berkumpul barulah kami pergi meletakkan barang kami di surau.Ada seorangan kakak senior ni ajak saya untuk menemaninya ke kelas untuk mengambil buku yassinnya.Pada ketika itu langit sudah menghampiri senja.Ketika kami sedang berjalan, kami tersedar ada sekumpulan murid berjalan di hadapan kami.Kakak itu menegur mereka.Dia bertanya mereka mahu kemana.Mereka tidak mengendahkan soalan itu dan meneruskan perjalanan mereka.Mereka membelok ke kiri dan memasuki ke blok tingkatan 1.Kami mahu membelok ke arah kanan iaitu betul2 bertentangan dengan blok tingkatan 1. Sebelum kami memasuki ke blok tingkatan 5,kami menoleh ke belankang untuk mencari mereka.Alangkah terperanjatnya apabila kami mendapati tiada siapa situ.Keadaan blok tingkatan sunyi sepi dan tidak mempunyai tanda2 seperti ada orang disitu.Saya berkata kepada kakak tu agar tidak menegur lagi.Kami terus ke kelas kakak itu dan pulang ke surau.

Pada malam keesokkannya, ada sedikit riuh di surau. Semasa di dalam bilik orkestra, saya beranya kepada kawan saya mengenai keriuhan di surau tadi.Katanya ada seorang ahli kelab ternampak 'makhluk' ketika di surau tadi.Kemudian, kawan saya mencadangkan agar kami mencari 'makhluk' tersebut dengan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintarnya.Apabila dia membuka aplikasi tersebut,keluar bulatan seperti radar.Kemudian,muncul satu titik yang konon terdapat satu makhluk berdekatan dengan kami.Kami menutup aplikasi tersebut.Walaupun tidak percaya tapi masih terasa seram.

Pada malam yang terakhir, semua orang sedang bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba, seorang kakak MT kepada kelab ini suruh bangun,pakai teleung,buat bulatan di tengah masjid dan baca yasin. Kemudian,seorang kakak tingkatan 4 masuk ke dalam surau dalam keadaan ketakutan dan menangis.Kawan2nya datang dan cuba untuk memujuknya.Setelah dia diam untuk seketika,kemudian dia menjerit.Dia seperti dalam kerasukan.kami terus membaca yasin.Ada beberapa orang dalam kalangan kami menangis.Suasana di dalam surau itu kecoh. Kakak2 senior cuba menghubungi guru-guru agar dapat datang ke sekolah dan bantu kami.Dalam keadaan yang riuh itu, tiba-tiba kami semua dengan seorang ahli kelab kami ketawa.Mula-mula bunyi seperti tangisan,kemudian ia bertukar menjadi ketawa.Aku memang dah tak tahan,aku menangis dan peluk orang depan aku.Dia terkejut dengan tindakan aku lalu menjerit.

Kemudian, ayah kepada senior tingkatan 4 tadi itu datang dan membawanya pulang.Guru penasihat kelab ini juga datang.Mereka menghubungi pakcik kepada seorang ahli kelab ini yang mahir dalam isu ini.Pakcik tu datang dan merwat murid yang ketawa tadi itu.Ini merupakan pertama kali saya melihat sesi merawat orang yang dirasuk.Setelah keadaan semakin pulih, pakcik itu pun pulang.Guru kami pelawa kami untuk makan makanan yang dibawa dari rumahnya.Sambil makan aku berbual dengan kawan aku tentang kejadian sebentar tadi.Katanya, kakak senior ting 4 itu tidak mahu mandi di kolah tapi mahu mandi di bilik air yang ada shower.Lock di dalam bilik shower itu rosak jadi dia minta kawannya untuk menguncinya dari luar.Kawannya mandi di kolah di luar.Air yang keluar dari shower itu perlahan sangat.Kakak tu yang sudah hilang sabar lalu mencarut di dalam shower itu,memaki shower itu.Kemudian dia terdengar suara dari atas.Dia mendongak dan ternampak kepala yang sedang senyum melihatnya.Kakak itu menjerit dan cuba untuk membuka pintu tapi pintu itu sudah dikunci dari luar.Kakak itu menghentak pintu dan menjerit.Kawannya yang berada di luar tidak dengar jeritan kawanyan.Kakak itu menjerit sekuat hati barulah kawannya berlari untuk membuka pintu.Orang2 di situ membawa kakak itu ke surau.

Keesokan harinya,abah aku ambil aku untuk pulang. Aku cakap dekat abah aku yang benda yang aku dah agak akan jadi tapi harap tak jadi tapi jadi jugal,ada org kena rasuk, huhuu.

Begitulah pengalaman aku sepanjang kem itu.Memang tak boleh dilupakan. Serem banget. Maaf jika post kali ini begitu panjang.Yelah 3 story in 1 entry haa.macam 3 in 1 lak.

Thanks for reading <3

Friday, September 28, 2018

Kisah Seram #1

Assalamualaikum semua <3


(Gambar Sekadar Hiasan 😈)


Haa baca tajuk pun dah seram ek.Hehe
For those yang tak tahu, sekarang ni aku merupakan pelajar tahun 1 di UKM,Bangi. And of course, setiap u pasti ada kisah seram tersendiri yang disampaikan oleh para senior. Hari ni saya nk sampaikan kisah seram yang saya dengar dari senior di kolej saya(nama kolej dirahsiakan hehe).

Kisahnya macam ni, kawan kepada senior saya,masa ni mereka baru tahun satu, sedang tunggu bas di pondok bas di depan kolej.Masa tu memang dah lewat malam,tak tahu pulak pukul berapa tetapi yang pasti sudah lewat.Kemudian, dia nampak ada bas menghampiri. Dia cuba untuk menahan bas tersebut,tetapi bas itu berlalu pergi meninggali dia.Dia cuba untuk mengejar bas tersebut tapi apakan daya jika hendak dibandingkan kelajuan bas dengan kelajuannya.

Tapi, apa yang membuatkan kisah ini begitu seram?Haa meh sini akak citer.Fyi, bas tidak dibenarkan masuk kedalam UKM selepas jam 11,so kalau korang ada kelas ke perjumpaan ke pandai2 lah korang nak balik kolej.Kemudian,depan kolej saya ni merupakan jalan sehala,tapi bas tu wrong way lah pulak emmm..Jadi, kalaulah korang ada ternampak bas selepas pukul 11, jangan la korang naik pulak. Nasib baik bas dalam citer ni tak berehenti,kalau tak tah kemana dia bawak.

Maafla kalau kisah ni terlalu pendek dan tidak seram,tapi cuba korang imagine korang dalam situasi macam tu, scary laa. Ada banyak lagi kisah seram kat UKM ni lagi2 blok akak,tapi tak berani lak nak dengar huhu.Tak tido malam lak nanti.Nanti aku beranikan diri and share dalam ni okay.

Thanks for reading <3

Monday, September 24, 2018

Assalamualaikum guys ❤️




Hai Semua (^my everyday Mood)



This is my first entry for my new blog.I build this blog for a class that i attend. Dalam blog ni I will just throw random things about my mediocre slice of life😉 I hope you guys enjoy reading it.