Sunday, December 2, 2018

Kisah Seram #3

Assalamualaikum and hye <3


Untuk kisah seram kali ini, saya nak ceritakan sebuah kisah yang terjadi keatas diri saya. Kejadian ini berlaku di universiti pada minggu sebelum cuti midsem, tak ingat harinya secara spesifiknya.

Pada malam kejadian itu, saya dan teman lelaki saya melepak di sebuah buststop berdekatan dengan ptsl.Jam menghampiri pkul 1. Sedang kami asyik berbual, tiba - tiba ada sebuah bas berlogo UKM melintas di hadapan kami. Pada ketika itu, rasa seram menyelubungi diri apabila mengengati kisah2 seram tentang bas di UKM.

Lampu di dalam bas itu menyala sepanjang ia melintas.Terdapat perasaan yang pelik apabila melihat bas itu.Apabila bas itu telah berlalu pergi, saya tanya kepada teman lelaki saya,"Tak ada driver kan?".Dia menggelengkan kepala menandakan tiada pemandu yang membawa bas tersebut!

Kami lekas-lekas pulang ke kolej. Bersyukur kerana bas itu tidak berhenti di hadapan kami.Berbeza dngan kisah senior saya,bas ini menggunakan haluan yg betul dan bukanya wrong way.

Sekian saja kisah saya pada kali ini.Maaf jika ia terlalu pendek.

Thanks for reading~