(Gambar Sekadar Hiasan 😈)
Haa baca tajuk pun dah seram ek.Hehe
For those yang tak tahu, sekarang ni aku merupakan pelajar tahun 1 di UKM,Bangi. And of course, setiap u pasti ada kisah seram tersendiri yang disampaikan oleh para senior. Hari ni saya nk sampaikan kisah seram yang saya dengar dari senior di kolej saya(nama kolej dirahsiakan hehe).
Kisahnya macam ni, kawan kepada senior saya,masa ni mereka baru tahun satu, sedang tunggu bas di pondok bas di depan kolej.Masa tu memang dah lewat malam,tak tahu pulak pukul berapa tetapi yang pasti sudah lewat.Kemudian, dia nampak ada bas menghampiri. Dia cuba untuk menahan bas tersebut,tetapi bas itu berlalu pergi meninggali dia.Dia cuba untuk mengejar bas tersebut tapi apakan daya jika hendak dibandingkan kelajuan bas dengan kelajuannya.
Tapi, apa yang membuatkan kisah ini begitu seram?Haa meh sini akak citer.Fyi, bas tidak dibenarkan masuk kedalam UKM selepas jam 11,so kalau korang ada kelas ke perjumpaan ke pandai2 lah korang nak balik kolej.Kemudian,depan kolej saya ni merupakan jalan sehala,tapi bas tu wrong way lah pulak emmm..Jadi, kalaulah korang ada ternampak bas selepas pukul 11, jangan la korang naik pulak. Nasib baik bas dalam citer ni tak berehenti,kalau tak tah kemana dia bawak.
Maafla kalau kisah ni terlalu pendek dan tidak seram,tapi cuba korang imagine korang dalam situasi macam tu, scary laa. Ada banyak lagi kisah seram kat UKM ni lagi2 blok akak,tapi tak berani lak nak dengar huhu.Tak tido malam lak nanti.Nanti aku beranikan diri and share dalam ni okay.
Thanks for reading <3