Friday, December 7, 2018

Pembahagian Masa di Universiti

Assalamualaikum dan haiii Korang <3

Hari ni kongsi sikit pasal pembahagian masa di universiti.Bagi yang sudah bergelar mahasiswa atau bakal,korang akan rasa samaada terlalu pack sngat sampai x da masa nak rehat , nk enjoy atau korang akan rasa banyak sangat masa lapang sampai dah jemu nk tido.Korang kena bijak membahgi masa korang.Ini adalah tips.

1.Utama kan yang wajib
 Bagi muslimin dan muslimat, dalam sibuk belajar jangan la kita lupa perkara yang wajib.Kadang ada orang kusyuk study sampai nak abis waktu baru la nk ambil wudhu.Kadang stay up sampai lewat malam,subuh masa matahari dah terpacak.Aku penah terbaca ayat ni.Study mengikut masa solat bukan solat mengikut masa study.

2. Miliki planner
Tak semestinya beli buku mahal2 buat planner,cukup sekadar kalendar di fon.Catat la apa yang korang perlu buat,kalau boleh catat seharian tu perlu buat apa,At least perkara yang korang rasa penting. Kalau korang catat,korang akan nampak hari apa korang free and hari yang korang busy,korang juga takkan lupa perkara yan penting jika mencatat.Jika ada hari yang kosong,masa ni la korang boleh isi dengan membasuh baju,membuat perbincangan/assignment dan lain-lain perkara.

3. Jangan bertangguh
Ni masalah yang ramai orang hadapi termasuklah dengan aku sekali.Masa dapat assignment,cakap nantilah buat.Bila dah nak dekat dateline barulah kalut nak buat.Masa tu bayak lagi assignment lain nak kena siapkan,nak kena study utk kuiz & final lagi pastu bayak program pulak yang kena join.Nasihat saya la kan utk semua  termasuk dengan kepada diri,bila dapat assignment tu terus la buat,biar la orang kata perform ke apa ke,janji tak la rasa serabut sangat di hujung sem.Macam blog ni la.Blog ni pun assignment.Perlu ada 28 post kauuu.Bila tangguh,amekkau 5 post sehari haaa


Thanks for reading ~

No comments:

Post a Comment