Assalamualaikum guys <3
Post yang lepas saya ceritakan tentang kisah seram di UKM, untuk entry kali ini saya nak bercerita tentang kisah seram di sekolah saya pula 😈
So, ni adalah sedikit background tentang sekolah saya. Ia merupakan sekolah harian tapi ada masih asrama.Ia juga merupakan sekolah semua perempuan, kalau ada lelaki pun merupakan cikgu atau pekerja disitu.
Kisahnya semasa saya berumur tingkatan 3, ketika itu sedang cuti penggal pertama jika tak silap saya. Saya merupakan ahli kelab Orkestra dan setiap tahun kelab saya akan mengadakan kem setiap tahun di sekolah untuk mengadakan latihan untuk persembahan semasa Hari Anugerah Cemerlang. Kem itu berlangsung selama 4 hari 3 malam.Pada tahun ini ,kami bermalam di surau sekolah yang baru sahaja siap direnovasi.
Pada hari pertama, kami semua berkumpul di hadapan bilik orkestra.Selepas berkumpul barulah kami pergi meletakkan barang kami di surau.Ada seorangan kakak senior ni ajak saya untuk menemaninya ke kelas untuk mengambil buku yassinnya.Pada ketika itu langit sudah menghampiri senja.Ketika kami sedang berjalan, kami tersedar ada sekumpulan murid berjalan di hadapan kami.Kakak itu menegur mereka.Dia bertanya mereka mahu kemana.Mereka tidak mengendahkan soalan itu dan meneruskan perjalanan mereka.Mereka membelok ke kiri dan memasuki ke blok tingkatan 1.Kami mahu membelok ke arah kanan iaitu betul2 bertentangan dengan blok tingkatan 1. Sebelum kami memasuki ke blok tingkatan 5,kami menoleh ke belankang untuk mencari mereka.Alangkah terperanjatnya apabila kami mendapati tiada siapa situ.Keadaan blok tingkatan sunyi sepi dan tidak mempunyai tanda2 seperti ada orang disitu.Saya berkata kepada kakak tu agar tidak menegur lagi.Kami terus ke kelas kakak itu dan pulang ke surau.
Pada malam keesokkannya, ada sedikit riuh di surau. Semasa di dalam bilik orkestra, saya beranya kepada kawan saya mengenai keriuhan di surau tadi.Katanya ada seorang ahli kelab ternampak 'makhluk' ketika di surau tadi.Kemudian, kawan saya mencadangkan agar kami mencari 'makhluk' tersebut dengan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintarnya.Apabila dia membuka aplikasi tersebut,keluar bulatan seperti radar.Kemudian,muncul satu titik yang konon terdapat satu makhluk berdekatan dengan kami.Kami menutup aplikasi tersebut.Walaupun tidak percaya tapi masih terasa seram.
Pada malam yang terakhir, semua orang sedang bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba, seorang kakak MT kepada kelab ini suruh bangun,pakai teleung,buat bulatan di tengah masjid dan baca yasin. Kemudian,seorang kakak tingkatan 4 masuk ke dalam surau dalam keadaan ketakutan dan menangis.Kawan2nya datang dan cuba untuk memujuknya.Setelah dia diam untuk seketika,kemudian dia menjerit.Dia seperti dalam kerasukan.kami terus membaca yasin.Ada beberapa orang dalam kalangan kami menangis.Suasana di dalam surau itu kecoh. Kakak2 senior cuba menghubungi guru-guru agar dapat datang ke sekolah dan bantu kami.Dalam keadaan yang riuh itu, tiba-tiba kami semua dengan seorang ahli kelab kami ketawa.Mula-mula bunyi seperti tangisan,kemudian ia bertukar menjadi ketawa.Aku memang dah tak tahan,aku menangis dan peluk orang depan aku.Dia terkejut dengan tindakan aku lalu menjerit.
Kemudian, ayah kepada senior tingkatan 4 tadi itu datang dan membawanya pulang.Guru penasihat kelab ini juga datang.Mereka menghubungi pakcik kepada seorang ahli kelab ini yang mahir dalam isu ini.Pakcik tu datang dan merwat murid yang ketawa tadi itu.Ini merupakan pertama kali saya melihat sesi merawat orang yang dirasuk.Setelah keadaan semakin pulih, pakcik itu pun pulang.Guru kami pelawa kami untuk makan makanan yang dibawa dari rumahnya.Sambil makan aku berbual dengan kawan aku tentang kejadian sebentar tadi.Katanya, kakak senior ting 4 itu tidak mahu mandi di kolah tapi mahu mandi di bilik air yang ada shower.Lock di dalam bilik shower itu rosak jadi dia minta kawannya untuk menguncinya dari luar.Kawannya mandi di kolah di luar.Air yang keluar dari shower itu perlahan sangat.Kakak tu yang sudah hilang sabar lalu mencarut di dalam shower itu,memaki shower itu.Kemudian dia terdengar suara dari atas.Dia mendongak dan ternampak kepala yang sedang senyum melihatnya.Kakak itu menjerit dan cuba untuk membuka pintu tapi pintu itu sudah dikunci dari luar.Kakak itu menghentak pintu dan menjerit.Kawannya yang berada di luar tidak dengar jeritan kawanyan.Kakak itu menjerit sekuat hati barulah kawannya berlari untuk membuka pintu.Orang2 di situ membawa kakak itu ke surau.
Keesokan harinya,abah aku ambil aku untuk pulang. Aku cakap dekat abah aku yang benda yang aku dah agak akan jadi tapi harap tak jadi tapi jadi jugal,ada org kena rasuk, huhuu.
Begitulah pengalaman aku sepanjang kem itu.Memang tak boleh dilupakan. Serem banget. Maaf jika post kali ini begitu panjang.Yelah 3 story in 1 entry haa.macam 3 in 1 lak.
Thanks for reading <3
No comments:
Post a Comment